Panduan memlilih syarikat Lori Sewa ( bahagian 1 )
Sejak kebelakangan ini kes penipuan yang melibatkan perkhidmatan lori sewa semakin menjadi-jadi.
Di bawah ini adalah panduan asas untuk anda memilih syarikat perkhidmatan lori sewa yang betul.
Pastikan syarikat berdaftar.
Syarikat perlulah berdaftar dengan agensi-agensi yang berkaitan. Ada sesetengah pengusaha yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka mungkin kerana mereka hanya menjalankan perkhidmatan secara sampingan sahaja. Jadi untuk mendaftarkan perniagaan bukanlah keutamaan pada mereka. Tapi perlu diingat, pelanggan akan berdepan dengan risiko jika berurusan dengan syarikat-syarikat yang tidak didaftarkan ini. Antara risiko yang perlu dihadapi oleh pelanggan ialah :
Jika berlaku kerosakan barang, pelanggan akan berdepan dengan kesukaran semasa proses menuntut ganti rugi.
risiko jenayah seperti kecurian, samun dan lain-lain.
Jika pemandu tiada lesen atau kenderaan tidak didaftarkan, risiko ditahan oleh JPJ atau polis trafik adalah sangat tinggi. Masalah lain mungkin terjadi seperti kelewatan lori sampai ke destinasi dan kemungkinan juga lori akan disita. Jika lori disita, barang-barang di dalam lori juga tidak sampai ke lokasi mengikut waktu yang dijanjikan.
2. Perniagaan "transparent" dan mempunyai Laman Web atau media social
Pada zaman digital ini, menjadi satu kewajipan bagi setiap pemilik perniagaan perlu ada website atau media social contohnya facebook, instagram atau tiktok. Di bawah ini saya nyatakan ciri-ciri yang perlu ada pada laman web atau media social perkhidmatan lori sewa :
Laman web yang aktif
Pastikan gambar-gambar yang digunakan adalah ASLI. Bukan dari Google atau diambil dari orang lain. Contohnya gambar lori, pekerja, proses pindah, dan lain-lain perlulah asli dari perniagaan tersebut. Bukan menggunakan gambar AI, kartun atau gambar carian di Google.
Pekerja-pekerja di dalam gambar mesti memakai uniform atau tshirt berlogo syarikat. Perkara ini nampak remeh pada sesetengah orang, tetapi secara pyschology ia menggambarkan komitmen dan keseriusan pengusaha lori tersebut terhadap perniagaannya. Penampilan luaran seperti berpakaian kemas, berkasut, memakai baju berlogo syarikat, lori dalam keadaan bersih dan sentiasa diselenggara dengan baik, merupakan perkara yang perlu diambil kira dalam proses pemilihan syarikat lori sewa. Pengusaha yang komited dan sentiasa menitik beratkan kepuasan pelanggan akan meletakkan "first impression" itu sebagai perkara yang paling utama.
Jika perniagaan tersebut telah beroperasi lama, pastikan ianya mempunyai review dari pelanggan-pelanggan yang lepas. Pendapat dan pandangan pelanggan boleh dilihat di Google Review perniagaan tersebut. Seperti review dari pelanggan-pelanggan Izzat Lori Sewa >> << KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT GOOGLE REVIEW IZZAT LORI SEWA >> BERSAMBUNG KE (BAHAGIAN 2) ...
Comentários