top of page

LORI SEWA

lori pelamin

  • Perkhidmatan lori sewa bertarikh : 2017

  • Lokasi : Kuala Lumpur , Selangor

  • Perkhidmatan : Lori sewa pelamin , peralatan katering

  • Perkhidmatan tambahan : TIADA

  • Anggaran harga : RM 120 ke atas

  • Keterangan :

Selain perkhidmatan lori sewa untuk kegunaan pindah rumah , pindah bilik, pindah pejabat dan penghantaran perabot, izzat lori sewa juga menyediakan perkhidmatan lori sewa untuk kegunaan majlis perkahwinan. Kebiasaannya pelanggan kami yang menyewa untuk tujuan majlis perkahwinan ini ialah terdiri daripada usahawan-usawan bridal dan katering yang menjalankan perniagaan ini di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pelanggan-pelanggan kami juga terdiri daripada usahawan-usahawan yang telah menempa nama besar dalam industri perkahwinan dan mempunyai butik serta stor simpanan untuk peralatan majlis perkahwinan. Antaranya ialah CheriteraQaseh dan Damia Bridal.


Kebiasaannya set pelamin yang digunakan untuk majlis yang diadakan di dalam dewan berbeza dengan set pelamin yang didirikan di bawah khemah. Set pelamin dewan biasanya akan memakan ruang yang banyak dan muatannya agak berat. Berbeza dengan set pelamin khemah kebiasaannya hanya memakan ruang separuh lori sahaja. Jadi tidak mustahil harga sewa lori untuk set pelamin dewan agak tinggi berbanding dengan set pelamin khemah kerana perlu mengambil masa yang lama untuk menyusun barang-barang dan memerlukan pemandu yang mahir untuk menyusun barang-barang tersebut di dalam lori.


Pelanggan yang ingin mengambil perkhidmatan kami dinasihatkan supaya membuat persediaan awal sebelum lori sampai ke lokasi pengambilan. Barang-barang hendaklah disusun setempat supaya mudah untuk pemandu memilih dan menyusun barang-barang tersebut ke dalam lori. Susunan yang kemas dan tersusun dapat mengurangkan risiko barang-barang tersebut terjatuh semasa dalam perjalanan dan mungkin boleh menyebabkan kerosakan.


Untuk pelanggan katering pula dinasihatkan supaya menutup bekas atau tempat simpanan makanan dengan rapat. Ia bertujuan bagi mengelakkan makanan yang berkuah dan berminyak tumpah semasa dalam perjalanan. Jika hal ini berlaku, cas tambahan akan dikenakan terhadap pelanggan. Cas tersebut akan digunakan untuk membersih dan mencuci semula ruang dalam lori yang terkena tumpahan makanan.


Sebarang kelewatan yang disengajakan, akan dikenakan cas untuk waktu menunggu. Pelanggan dinasihatkan supaya menepati waktu bagi mengelakkan kelewatan untuk trip lori yang seterusnya.


Untuk mendapatkan maklumat berkenaan harga dan saiz lori, pelanggan boleh menghubungi pihak kami di talian 0133617081. Pelanggan dinasihatkan berurusan di aplikasi whatsapp bagi memudahkan pihak kami menyimpan rekod teks perbualan antara pelanggan dan pihak izzat lori sewa. Cara ini dapat mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang. Sekiranya terlupa atau ingin mendapatkan kepastian, pelanggan atau pihak kami boleh merujuk semula teks perbualan tersebut.


LORI SEWA KL

Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
bottom of page