top of page

Lori Sewa

PERKHIDMATAN LORI SEWA DENGAN HARGA TERMURAH DAN SERVIS TERBAIK

Tenaga kerja lori sewa

  • Perkhidmatan lori sewa bertarikh : 2017 / 2018

  • Lokasi : Seliuruh Semenanjung Malaysia (Berpusat di Kuala Lumpur)

  • Perkhidmatan : Lori sewa dan tenaga kerja (manpower)

  • Perkhidmatan tambahan : TIADA

  • Anggaran harga : RM 80 hingga RM 120 /seorang

Manpower lori sewa

  • Keterangan :

Kebiasaannya 8 daripada 10 pelanggan yang menghubungi kami memerlukan perkhidmatan lori sewa beserta tenaga kerja (manpower).


Harga manpower berbeza mengikut jenis rumah, samada landed house, lift atau tangga tanpa lift. Jika bangunan berkenaan jenis tangga tanpa lift jumlah pekerja akan ditambah mengikut bilangan tingkat bangunan berkenaan. Semakin tinggi bangunan tersebut semakin ramai jumlah pekerja yang diperlukan dan harga juga akan bertambah.


Jenis serta saiz barang-barang juga memainkan peranan penting dalam menentukan harga manpower. Sekiranya saiz barang tidak besar dan tidak berat serta tidak memerlukan masa yang lama untuk load dan unload, harga manpower untuk trip tersebut akan dikurangkan lagi.


Secara ringkasnya, setiap harga yang diberi bukanlah harga tetap, Ia akan berubah sekiranya ada perubahan yang dilakukan oleh pelanggan sendiri. Jadi kesimpulannya, pelanggan digalakkan memberi kerjasama iaitu menyerahkan maklumat yang tepat seperti yang diminta semasa proses pengumpulan maklumat dilakukan.

Kemudian barulah pihak kami dapat mengira harga tepat untuk tempahan tersebut. Harga yang diberi adalah harga yang perlu dibayar semasa selesai kerja-kerja pemindahan (TIADA CAS TERSEMBUNYI) ;)

Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
bottom of page