LORI SEWA
PERKHIDMATAN LORI SEWA DENGAN HARGA TERMURAH DAN SERVIS TERBAIK

Harga perkhidmatan lori sewa untuk tahun : 2017 / 2018
Lokasi : Kuala Lumpur , Selangor
Perkhidmatan : Lori sewa untuk pengambilan dan penghantaran barang ke rumah jenis apartment / condo / flat / soho / shopping mall atau bangunan yang mempunyai laluan loading bay yang jauh
Perkhidmatan tambahan : -
Anggaran harga : RM 150 hingga RM 200 ke atas

Keterangan :
Perkhidmatan lori sewa kami kebiasaannya tertumpu di lokasi-lokasi stratergik seperti di pusat-pusat bandar besar yang mempunyai rumah-rumah yang reka bentuknya bercirikan moden.
Kadang-kala reka bentuk bentuk bangunan juga mempengaruhi harga sewa lori. Contohnya jika bangunan itu mempunyai tempat memunggah barang-barang (loading bay) yang jauh dengan lift, proses pemindahan akan mengambil masa yang lama. Di tambah pula penggunaan lift yang terhad, ia juga menyukarkan urusan pemindahan dijalankan.
Antara faktor yang boleh menyumbang masalah semasa proses pemindahan ialah :
Gangguan teknikal (black out / lift rosak)
Cleaner mengguna lift untuk membawa sampah dari atas
Kerenah birokrasi (kebiasaannya terjadi semasa lori sampai di pintu masuk)
Pelanggan tidak mengisi borang untuk pindah (sepatutnya mesti diuruskan sehari sebelum)
Laluan loading bay yang jauh
Rumah jenis bertangga tanpa lift
Kebiasaannya pihak kami akan mengumpul maklumat lengkap dari pelanggan untuk memudahkan kami menganggar jumlah pekerja, harga sewa dan tempoh masa diperlukan untuk menyiapkan proses pemindahan
Jika pelanggan tidak memberi kerjasama semasa proses pengumpulan maklumat dijalankan, kemungkinan besar akan berlaku masalah-masalah yang tidak diingini sehingga boleh menjejaskan proses pemindahan.
Penambahan pekerja juga mungkin akan dilakukan untuk mempercepatkan proses pindah dan akan berlaku perubahan pada harga.
تعليقات