top of page

Tempahan lori sewa (bhg 2)

PERSEDIAAN AWAL SEBELUM MENEMPAH LORI SEWA (bhg 2)

lori sewa murah

  • Mengenalpasti perabot dan barang yang hendak dibawa -


Kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh pelanggan ialah tersalah memberi maklumat barang-barang ketika melakukan tempahan. Ada dikalangan pelanggan kami yang hanya menyenaraikan barang- barang besar sahaja tanpa mengambil kira barang-barang kecil. Sekiranya pelanggan menempah lori sewa bersaiz 3 tan ke atas mungkin ia tidak menjadi masalah. Tetapi sekiranya pelanggan memilih untuk menyewa lori bersaiz kecil, senarai barang-barang beserta gambar haruslah diberikan kepada pengusaha lori supaya mudah bagi mereka menentukan saiz lori yang sesuai. Ada juga pelanggan yang tersalah memilih lori bersaiz besar, tetapi barang yang hendak dibawa tidak memenuhi ruang di dalam lori. Jika situasi begini terjadi pelanggan akan mengalami kerugian kerana terpaksa membayar jumlah harga yang besar untuk barang-barang yang sedikit.




  • Mengasingkan barang-barang penting dan mudah rosak -


Proses pemindahan biasanya mengambil masa lebih kurang 3 hingga 5 jam bergantung pada jenis rumah serta jumlah barang-barang yang hendak dibawa. Ada juga proses yang mengambil masa 2 atau 3 hari. Pemindahan yang mengambil masa melebihi 2 hari ini biasanya pindah pejabat dan rumah bungalow. Dalam tempoh pemindahan ini pelbagai risiko yang terpaksa dilalui oleh pekerja-pekerja kami ketika bekerja. Jadi kerjasama dari pihak pelanggan amatlah diperlukan, iaitu mengasingkan barang-barang berharga, barang mudah rosak dan mudah pecah serta dokumen-dokumen penting. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan yang berpunca dari kecuaian pelanggan sendiri. Untuk barang-barang kaca pelanggan hendaklah membungkus dengan kertas surat khabar dan menyusunnya di dalam kotak. Elakkan daripada menggunakan kotak lusuh / lama atau plastik sampah yang nipis. Banyak kes yang terjadi, barang-barang terjatuh dari tangan pekerja kami kerana pelanggan memasukkan barang itu ke dalam kotak yang sudah koyak. Jadi pelangan dinasihatkan memberi kerjasama dengan mengasingkan barang-barang yang dinyatakan di atas bagi memudahkan proses pemindahan dijalankan.



Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
Hubungi kami

Hubungi kami untuk sebut harga PERCUMA

IZZAT LORI SEWA beroperasi di Kuala Lumpur dan kawasan yang berada dalam cover area kami adalah seperti berikut :

Kawasan Perkhidmatan

Ampang , Cheras , Selayang , Sungai Besi , Taman Melawati, Bukit Jalil, Keramat , Ukay Perdana , Bnagsar , Batu Cave , Serdang , Kepong , Setiawangsa , TTDI , Gombak , Desa Pandan , Maluri , Damansara , Bandar Tasik Selatan , KLCC , Taman OUG, Jalan Klang Lama, Pandan Indah, Pandan Jaya , Pandan Perdana , Segambut , Setapak , Jalan Duta , Titiwangsa , Sentul .

*Selain itu kami juga menerima tempahan untuk penghantaran ke luar kawasan seperti  :

 

  • Selatan Semenanjung (Johor, Melaka, N.Sembilan)

  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu)

  • Utara Semenanjung (Pulau Pinang , Kedah , Perlis)

  • Tengah Semenanjung (Perak, Pahang , Selangor)

​© 2016 by ZN Transport & Services. All photos used on this website are only for ZN Transport & Services purposes only.

Email anda berjaya dihantar.

bottom of page