top of page

BAHAYA!! ZON BLIND SPOT PADA LORI!!

Hari ni kami nak sentuh sikit isu berkenaan Blind Spot Ataupun Titik Buta Seorang Pemandu Lori.

Jika anda terlihat sebuah lori bergerak, anda mungkin boleh melihat mereka dengan jelas tetapi pemandu lori belum tentu dapat melihat anda apabila berada dikawasan tiada zon penglihatan.

Bagaimana ingin mengelakkan kemalangan semasa memandu terlalu hampir dengan lori atau kenderaan besar? 

Gambar blind spot dibawah dapat membantu anda dalam pemanduan yang lebih selamat.

Tidak kira apa jua aktiviti anda ketika berada di atas jalan raya, yang pastinya anda sedang dikelilingi oleh bahaya yang boleh datang dari pelbagai arah.

Jalan raya merupakan pejabat abang-abang lori oleh itu blind spot kenderaan berat ini perlulah anda ketahui.

Kajian menunjukkan bahawa terjadinya kemalangan berpunca dari kenderaan kecil telah memasuki kawasan titik buta kenderaan berat.

Oleh itu berhati-hatilah ketika memandu dan pastikan anda tidak memandu didalamnya bagi menghindari sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Kenderaan berat mengambil banyak ruang bila memotong dan masuk semula ke laluan asal oleh itu perlahankan kenderaan bagi laluan kepada mereka.

Jaga jarak anda bila ketika memandu di belakang lori. Bahagian belakang lori merupakan kawasan tiada zon penglihatan.

Bekerjasamalah bersama mereka dalam pemanduan.

Semua pengguna jalan raya berhak berada dalam keadaan selamat bila berada di atas jalan raya dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko kemalangan dan juga kehilangan nyawa.

Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
bottom of page